Di Sarawak sekarang, jikalau korang singgah ke pasar basah untuk beli barang keperluan dapur, anda akan terlihat satu buah yang sebesar ibu jari berwarna hitam. Buahnya dikenali buah “dabai”. Kebiasaannya buah dabai amat terkenal dan senang untuk diperolehi di kawasan pertengahan Sarawak iaitu Sibu dan Sarikei. Ternyata, buah ini menjadi feberet dan tidak asing kepada masyarakat Sarawak.
Dalam bahasa saintifik, buah ini dipanggil sebagai Canarium odontophyllum. Ketika buah dabai masih muda, ia kelihatan putih pada luarannya dan kemudian bertukar menjadi hitam apabila ia sudah masak. Isinya pula berwarna kuning. Bijinya pula berbentuk seperti bola ragbi tetapi bersegi tiga.
Kebiasaannya, buah dabai direndam terlebihh dahulu dengan air panas sehingga buahnya menjadi lembut. Kemudian airnya dibuang. Seterusnya, ia sudah sedia untuk dimakan bersama kicap atau garam. Biji dabai pula terdapat isi yang berwarna kuning. Rasenye seperti ‘kacang kuda’. Sedapppp….
6 comments:
wah..agak2 semenanjung ade x jual buah neh?heheh
xde kot... hehehe.... sarawak byk la tp ikut musim...
ktk orang sarawak kah?
ktk are ney?
sedapke buah tu...sib baik tak pegnant...dibuatnye nak makan payah gak kat shah alam tak de kut..
fatihah- kmk area smrhn.. kpg semera.. hubby org cbo.. ktk rah nie?
Zures- sedap kak.. lemak jea rasa nya.. nie tgh mngidam mkn buah nie nasib bek mertua pos kn.. heehe...
Kalau di Sipitang, Menumbuk dan Labuan, buah tu dipanggil buah Kembayau. Kami lebih suka membuang kulitnya terlebih dahulu sebelum merendamnya di dalam air panas.
Post a Comment